Memaparkan catatan dengan label Game. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Game. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Selasa, 10 Julai 2012

Anime Wallpapers

Nie dia lagi walpaper² anime untuk dikongsi bersama²!!~ Enjoy!! klik ja continue untuk tgk lebih banyak wallpaper² menarik ok..


Selasa, 1 Disember 2009

Masih ker aku dapat....

Hehe.. lamanya aku tak main game. Adakah aku dapat bermain setelah berumahtangga nanti??? persoalan yang sering bermain dalam kepala otak aku nie. Alahai.... impian tue banyak tapi banyak jugak yang tak tercapai... nak ada xbox 360 sama dengan flat skrin 42'.. 7.1 surround sounds... perghh!!! best la kalo jadi kenyataan..... tapi jangan kata xbohokk... PC idaman aku pun tak terbuat lagik dek kerana kekurangan fund.. robot gundam yg aku dok teringin sangat nak pasang2 pun pikir 2 kali nak beli... aduhh..... pompuan mana faham apa yg lelaki mcm aku nak... uwaaaaaa!!!! yufiee safe me... emel ler aku