Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

Info - Kawasan Speed Trap Sempena Hari Raya 2012




info: ** Latest update mengenai kawasan Speedtrap sempena Hari Raya 2012: 

A big thanks to bro Qayyum Jamaraji for this latest information. Anda boleh melayari blog beliau di:
http://qayyum.jamaraji.com/perangkap-had-laju-dan-sekatan-jalan-raya/#comment-31

**old post** - outdated (tapi still boleh jadikan rujukan)
Nie adalah post dari kawan-kawan kita di Facebook. Sempena Hari Raya nie marilah kita berjimat cermat dan berhati-hati ketika memandu. Kadang-kadang tu sayu aku melihat dalam televisyen.. kejadian-kejadian nahas yang berlaku ketika musim perayaan. Hari yang mulia, hari yang ceria, janganlah kita jadikan hari yang penuh suka duka. Ok lah, aku post nie bukan nak bagi pihak polis marah atau geram.. tapi manusia nie kalau dah tahu tue dia beringat sikit... Insya'allah dengan tips nie dia (pemandu) akan berhati-hati dengan kelajuan kenderaan yang dipandunya. Ingat wahai pemandu, Nyawa (keluarga, rakan, penumpang) anda bersama-sama anda ketika itu.. Jika anda prihatin, Insya'allah anda akan selamat dan duit anda akan jimat (sebab tak kena saman) hehe!!~

Dibawah nie adalah senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti. Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

klik continue untuk selanjutnya..

Khamis, 2 Ogos 2012

AWIEZ CAFE - Jom Singgah minum!


Jika anda berkesempatan melawat ataupun melancong ke Pulau Pinang dan menginap disekitar Tanjung Bungah, jangan lupa singgah ke warung Awiez Cafe nie untuk pekena teh tarik secawan ataupun bagi penggemar air buah, memang sesuai sebab bagi aku dia punya juice memang puas hati. Warung nie terletak diantara warung Char Kueyteow Rudy's yang memang sedap dan Tomyam Zie

Paling menarik adalah harganya yang tak mahal sangat berbanding ditempat lain sekitar Tanjung Bungah. Walaupun nama kedai Awiez tapi tauke namanya Salim dan amat peramah orangnya. Aku dah lama jadi pelanggan tetap kedai dia dari aku mula kerja di pulau tue. Tak sempat aku sampi ke meja, dah pun sampi air aku.. (aku ni pengemar nescafe panas dan menu aku tak berubah pun) macam tu lah dia menjaga hati pelanggan tetapnya. 

Gelas tue dari saiz kecik hingga saiz dinasor pun ada. Apa yang perlu anda buat cuma request saja masa order minuman. Jika ada yang kurang (manis ker.. ais ker..masam ker..) ,bagitau jer dekat dia.. dia akan buatkan tanpa sebarang extra charge.

Bagi yang suka jalan-jalan atau ronda-ronda tue, Jangan lupa singgah-singah minum :)

ps - lupa plak nak inform yang waktu perniagaan adalah dari rabu-ahad dari jam 10pagi-12tgh/malam
 dan tutup pada hari Isnin & Selasa.

PENDAPAT ANDA TENTANG ARTIKEL INI

Khamis, 21 Jun 2012

Penang Youth Park (Photos) June 2012


Sekali sekala syok jugak bawak anak aku pi mandi manda time² orang lain tak bercuti... rasa aman jer bila tempat nie x crowded.. hahahaha!!! puas anak aku main air.. yang bestnya kolam untuk kanak² dah upgrade! ada 3 kolam tambahan & kolam sedia-ada dah diperbesar sikit. Yang bagusnya kolam nie dijaga rapi oleh kakitangan MPPP (note that this water isn't from a waterfall ok.. its from PBA) So, bagi yang nk datang bawak anak² kecil tue.. pilih ler hari² orang lain berkerja atau pun hari sekolah.. kalo hari Ahad memang crowded.. nak parking pun payah.. maklom la.. kolam free.. hehehe!!! Semua gambar² nie diambil pada bulan June 2012 and hanya pada kawasan kolam kanak² ...Taman Belia meliputi kawasan yang besar.. so takes time la nak sombat semua... :Þ klik more untuk melihat semua photos kay!

Sabtu, 17 Disember 2011

jalan² Sabtu di Taman Belia Pulau Pinang 17 December 2011



Hari nie kami bawak Auni pi mandi-manda di Taman Belia, Penang... saja ja.. sambil makan sandwich sebagai bekal.. hehe!! tengok la budak main air..sukaanyaaa~