Memaparkan catatan dengan label japan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label japan. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Anime - Sword Art Online

 http://cdn.myanimelist.net/images/anime/11/39717.jpg



Seharian di pejabat membuatkan aku mencari sesuatu dilaman sesawang seperti contohnya anime-anime baru. Bagi aku. menonton episod baru memang menyeronokkan tetapi sebelum dapat menonton, 'period' menunggu 'release' tue sungguh membosankan. Secara rasminya aku sedang mengikuti anime Naruto dan Fairy Tails (Bleach dah tamat.. sedihnya).

Bila habis melayan episod baru mulalah kebosanan melanda. Sedang asyik menjelajah, melompat dari satu alamat ke alamat lain dalam dunia maya nie, aku terserempak dengan anime baru nie "Sword Art Online" lebih kurang macam anime Ragnarok, dot//hack yang berlatar-belakangkan dunia maya (virtual reality). Anime baru ini baru masuk episod 3 dan sekarang aku sedang melayan episod 1.. Permulaan (intro) agak langsung.. lagu intro pun tidak ada. haha!! karekter utama mula login.. link start

Cerita bermula dimana Klien pemain level beginner meminta pertolongan Kirito (beta tester) untuk mengajar beliau asas bermain SAO (Sword Art Online) disitulah bermulanya pengembaraan mereka setelah gagal untuk logout dari permainan tersebut.

Aku baru saja selesai menonton ke tiga-tiga episod SAO dan ini adalah konklusi review yang berdasarkan pendapat aku. Cerita ini bermula setelah para pemain menyedari mereka tidak dapat logout dari game SAO. Ini adalah diakibatkan oleh pengasas perisian permainan SAO (bagi aku ada masalah mental) yang menetapkan syarat dimana permainan akan tamat bila pemain berjaya selesaikan kesemua 100 peringkat permainan (level) dan jika ada diantara pemain mati, tubuh pemain didunia nyata akan turut sama mati dan tiada option 'revive'. Ini membuatkan pemain menjadi panik dan hilang arah. Setiap episod anime ini bermula dengan "skip scene" ..agak menarik buat permulaan.

Apa lagi? Anda cuba la saksikan sendiri ya :)

Rurouni Kenshin - Samurai X (Live Action Film)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrImUzkDWufHoLy0ZfHqM6CQR2gQzwLs-9g0pju6sUTvDjS0J0vBdgiAC3LJjz5Aq6bFLSEXiFEzZ8bFsKcYuLFq2wPIp0rIvroIO8oYMgp0Np_EW5Or0ZHBW0AoO6YirKEvz7vM2hgJzk/s1600/SamuraiX_promoV2.jpg


Akhirnya, anime kegemaran aku dan abang aku sejak zaman muda mudi menjadi filem aksi (live action) dan yang terujanya ialah, filem ini akan keluar pada 25 Ogos tahun nie (Pawagam Jepun) oleh Warnes Bros Japan! (semoga menjadi kenyataan hendaknya) Mungkin mengambil masa untuk sampai ke layar perak sini. Yang pasti bila filem nie sampai sini, aku pasti akan pegi menonton bersama-sama abang aku. Hahaha!! (LOL) Mari lihat sedikit trailer rasmi (official) filem nie