Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

AWIEZ CAFE - Jom Singgah minum!


Jika anda berkesempatan melawat ataupun melancong ke Pulau Pinang dan menginap disekitar Tanjung Bungah, jangan lupa singgah ke warung Awiez Cafe nie untuk pekena teh tarik secawan ataupun bagi penggemar air buah, memang sesuai sebab bagi aku dia punya juice memang puas hati. Warung nie terletak diantara warung Char Kueyteow Rudy's yang memang sedap dan Tomyam Zie

Paling menarik adalah harganya yang tak mahal sangat berbanding ditempat lain sekitar Tanjung Bungah. Walaupun nama kedai Awiez tapi tauke namanya Salim dan amat peramah orangnya. Aku dah lama jadi pelanggan tetap kedai dia dari aku mula kerja di pulau tue. Tak sempat aku sampi ke meja, dah pun sampi air aku.. (aku ni pengemar nescafe panas dan menu aku tak berubah pun) macam tu lah dia menjaga hati pelanggan tetapnya. 

Gelas tue dari saiz kecik hingga saiz dinasor pun ada. Apa yang perlu anda buat cuma request saja masa order minuman. Jika ada yang kurang (manis ker.. ais ker..masam ker..) ,bagitau jer dekat dia.. dia akan buatkan tanpa sebarang extra charge.

Bagi yang suka jalan-jalan atau ronda-ronda tue, Jangan lupa singgah-singah minum :)

ps - lupa plak nak inform yang waktu perniagaan adalah dari rabu-ahad dari jam 10pagi-12tgh/malam
 dan tutup pada hari Isnin & Selasa.

PENDAPAT ANDA TENTANG ARTIKEL INI

Selasa, 10 Julai 2012

Hutan Lipur Titi Hayun June 2012



Video yang diambil oleh Mama Auni semasa mandi-mandi di Titi Hayun 22 haribulan Jun 2012.. Seronoknya anak abah main air... Maaf eh Auni, Abah dengan mama takde gaji 2-3k nak bawak Auni jalan jauh² tau.. Kalo pi Melaka modai sama pi Titi Hayun dah lama Abah & Mama bawak tau... harap² anak abah faham situasi yer.. :) WE LOVE YOU SO SO MUCH!

Mandi-manda di Air Terjun Titi Hayun, Kedah

Gambar² Auni masa kami berkunjung ke Titi Hayun.. cepatnya masa berlalu. Auni dah nak masuk 2 tahun.. Seronok dia kalo jumpa air... Hutan Lipur Titi Hayun nie kalo ramai orang pun air dia tetap sejuk dan jernih..  sebab tu aku suka pi sana walaupun makan masa sejam nak sampi dari Bukit Mertajam.. hehe!! Lokasi dia memang menarik... tak rugik la mandi manda kat sinik..


Anak abah... ajar amik batu dalam air


Khamis, 21 Jun 2012

Penang Youth Park (Photos) June 2012


Sekali sekala syok jugak bawak anak aku pi mandi manda time² orang lain tak bercuti... rasa aman jer bila tempat nie x crowded.. hahahaha!!! puas anak aku main air.. yang bestnya kolam untuk kanak² dah upgrade! ada 3 kolam tambahan & kolam sedia-ada dah diperbesar sikit. Yang bagusnya kolam nie dijaga rapi oleh kakitangan MPPP (note that this water isn't from a waterfall ok.. its from PBA) So, bagi yang nk datang bawak anak² kecil tue.. pilih ler hari² orang lain berkerja atau pun hari sekolah.. kalo hari Ahad memang crowded.. nak parking pun payah.. maklom la.. kolam free.. hehehe!!! Semua gambar² nie diambil pada bulan June 2012 and hanya pada kawasan kolam kanak² ...Taman Belia meliputi kawasan yang besar.. so takes time la nak sombat semua... :Þ klik more untuk melihat semua photos kay!

Sabtu, 17 Disember 2011

jalan² Sabtu di Taman Belia Pulau Pinang 17 December 2011



Hari nie kami bawak Auni pi mandi-manda di Taman Belia, Penang... saja ja.. sambil makan sandwich sebagai bekal.. hehe!! tengok la budak main air..sukaanyaaa~