Memaparkan catatan dengan label Malay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malay. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Pemberitahuan:

Ok, mulai sekarang aku akan cuba menaip dengan menggunakan ejaan bahasa malayu yang betul dalam setiap post baru agar Google Translate dapat menterjemahkan bahasa Malaysia kepada bahasa² yang lain dengan betul, tepat dan difahami dengan senang oleh semua pengunjung² blog ini sama ada dari dalam atau luar negara.

Agak melucukan juga tadi bila aku cuba terjemahkan blog aku ke bahasa English (berselerak jadinya! haha!) dan agak susah sebenarnya untuk menaip entri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul tetapi apa salahnya untuk mencuba kan? Sekurang-kurangnya dapat belajar menaip dengan betul :) dan sekaligus dapat memartabatkan bahasa kita dipersada dunia.