Selasa, 31 Julai 2012

Blogger - Baru aku perasan rupanya...



aku tak perasan pun ada option layout nie bila upload photo.. Alahai....

Ahad, 29 Julai 2012

Anime - Animetake.Com


Kalau bagi yang mencari dimana nak dapatkan episod-episod yang lepas ataupun baru nak mula mengumpul anime nie.. website animetake ada semuanya! Untuk memudahkan pengguna, terdapat beberapa option-option yang bagus seperti, playnow/download. Pautan direct download dan torrent juga disediakan. Terdapat pelbagai anime lagi di laman animetake nie. Jom layan!! :)

ANDROID - TUTORIAL UNTUK INSTALASI APLIKASI LOTUS NOTES TRAVELER (UiTM)


Sumber dari : Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah
p/s - Khas untuk Pelajar UiTM Sahaja

Sabtu, 28 Julai 2012

Naruto Shippuuden - episod 271 (revealing poster of the next Naruto Movies)

cuba lihat poster dibelakang Lee tuh



Akhirnya penantian seminggu aku telah pun berakhir dengan keluarnya episod baru tapi sayangnya.. filler lagi minggu nie. Sedang seronok menonton episod filler nie terlintas scene dimana ada poster "Road To Ninja - Naruto The Movie" (seperti gambar diatas) adakah benar apa yang aku nampak?? adakah ianya betul?? agak menarik jika sekadar untuk saja-saja sahaja sebab poster tue agak detail kan???

Selasa, 24 Julai 2012

Anime - Sword Art Online

 http://cdn.myanimelist.net/images/anime/11/39717.jpg



Seharian di pejabat membuatkan aku mencari sesuatu dilaman sesawang seperti contohnya anime-anime baru. Bagi aku. menonton episod baru memang menyeronokkan tetapi sebelum dapat menonton, 'period' menunggu 'release' tue sungguh membosankan. Secara rasminya aku sedang mengikuti anime Naruto dan Fairy Tails (Bleach dah tamat.. sedihnya).

Bila habis melayan episod baru mulalah kebosanan melanda. Sedang asyik menjelajah, melompat dari satu alamat ke alamat lain dalam dunia maya nie, aku terserempak dengan anime baru nie "Sword Art Online" lebih kurang macam anime Ragnarok, dot//hack yang berlatar-belakangkan dunia maya (virtual reality). Anime baru ini baru masuk episod 3 dan sekarang aku sedang melayan episod 1.. Permulaan (intro) agak langsung.. lagu intro pun tidak ada. haha!! karekter utama mula login.. link start

Cerita bermula dimana Klien pemain level beginner meminta pertolongan Kirito (beta tester) untuk mengajar beliau asas bermain SAO (Sword Art Online) disitulah bermulanya pengembaraan mereka setelah gagal untuk logout dari permainan tersebut.

Aku baru saja selesai menonton ke tiga-tiga episod SAO dan ini adalah konklusi review yang berdasarkan pendapat aku. Cerita ini bermula setelah para pemain menyedari mereka tidak dapat logout dari game SAO. Ini adalah diakibatkan oleh pengasas perisian permainan SAO (bagi aku ada masalah mental) yang menetapkan syarat dimana permainan akan tamat bila pemain berjaya selesaikan kesemua 100 peringkat permainan (level) dan jika ada diantara pemain mati, tubuh pemain didunia nyata akan turut sama mati dan tiada option 'revive'. Ini membuatkan pemain menjadi panik dan hilang arah. Setiap episod anime ini bermula dengan "skip scene" ..agak menarik buat permulaan.

Apa lagi? Anda cuba la saksikan sendiri ya :)