Memaparkan catatan dengan label OTAKU KAMEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTAKU KAMEN. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Selasa, 3 Julai 2012

Wallpaper

Aku gali dari website² dan google.. hampir semua HD dan kaler maler.. hehe!! A sharing from others to others.. Klik continue untuk tengok lebih banyak koleksi.. (right klik "save picture as" untuk download..) disable click aku dah remove.. hehe!!




Selasa, 30 Ogos 2011

Kamen Rider Decade All Episode (English/ Malay)

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 1432H
buat semua pembaca setia. :Þ

Assalamualikum, 
Yer.. hari ni hari raya dan aku berkesempatan menunaikan Solat Sunat Hari Raya tadik.. Alhamdulillah.. dan sekarang aku dah mula berkerja (syif jam 1 petang daa..) hehe!! nasib badan... mencari rezeki yang halal apa salahnya kan? Ok la.. aku baru jer abes donlod kamen rider decade (lama gila aku donlod..iskhh..) ingat nk layan la sambil keje tapi baru aku perasan kamen rider decade yang aku download tu semuanya RAW (xde sub..) perghh!!! terluka betui... jenuh aku meng"google"kan diri nak cari sub.. tapi macam biasa la.. berlobang² sub..  Spanish la.. Indonesia la.. Germany la.. ampeh!  So, nak mudah aku try cari dalam site japan dan jumpak... bukan setakat englisg sub.. malay sub full pun ada! Macam tak percaya jer.. Akhirnya, file yg aku dah donlod sebanyak 8GB nampak gayanya kena la delete dari hardisk supaya ada ruang sikit.. hehe!! membazir betui!

Jadi untuk memudahkan kaki² anime dan jugak geng² otaku kamen rider, aku bagi link torrent nie buat semua download.. no members login.. no password.. no registration.. just click and download. English sub cuma episod 24-31 jer.. ampeh!! tapi yang malay sub complete!

Torrent Only!

Enjoy! HenshiN!!!