Selasa, 31 Julai 2012

Blogger - Baru aku perasan rupanya...



aku tak perasan pun ada option layout nie bila upload photo.. Alahai....

Ahad, 29 Julai 2012

Anime - Animetake.Com


Kalau bagi yang mencari dimana nak dapatkan episod-episod yang lepas ataupun baru nak mula mengumpul anime nie.. website animetake ada semuanya! Untuk memudahkan pengguna, terdapat beberapa option-option yang bagus seperti, playnow/download. Pautan direct download dan torrent juga disediakan. Terdapat pelbagai anime lagi di laman animetake nie. Jom layan!! :)

ANDROID - TUTORIAL UNTUK INSTALASI APLIKASI LOTUS NOTES TRAVELER (UiTM)


Sumber dari : Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah
p/s - Khas untuk Pelajar UiTM Sahaja

Sabtu, 28 Julai 2012

Naruto Shippuuden - episod 271 (revealing poster of the next Naruto Movies)

cuba lihat poster dibelakang Lee tuh



Akhirnya penantian seminggu aku telah pun berakhir dengan keluarnya episod baru tapi sayangnya.. filler lagi minggu nie. Sedang seronok menonton episod filler nie terlintas scene dimana ada poster "Road To Ninja - Naruto The Movie" (seperti gambar diatas) adakah benar apa yang aku nampak?? adakah ianya betul?? agak menarik jika sekadar untuk saja-saja sahaja sebab poster tue agak detail kan???

Selasa, 24 Julai 2012

Anime - Sword Art Online

 http://cdn.myanimelist.net/images/anime/11/39717.jpg



Seharian di pejabat membuatkan aku mencari sesuatu dilaman sesawang seperti contohnya anime-anime baru. Bagi aku. menonton episod baru memang menyeronokkan tetapi sebelum dapat menonton, 'period' menunggu 'release' tue sungguh membosankan. Secara rasminya aku sedang mengikuti anime Naruto dan Fairy Tails (Bleach dah tamat.. sedihnya).

Bila habis melayan episod baru mulalah kebosanan melanda. Sedang asyik menjelajah, melompat dari satu alamat ke alamat lain dalam dunia maya nie, aku terserempak dengan anime baru nie "Sword Art Online" lebih kurang macam anime Ragnarok, dot//hack yang berlatar-belakangkan dunia maya (virtual reality). Anime baru ini baru masuk episod 3 dan sekarang aku sedang melayan episod 1.. Permulaan (intro) agak langsung.. lagu intro pun tidak ada. haha!! karekter utama mula login.. link start

Cerita bermula dimana Klien pemain level beginner meminta pertolongan Kirito (beta tester) untuk mengajar beliau asas bermain SAO (Sword Art Online) disitulah bermulanya pengembaraan mereka setelah gagal untuk logout dari permainan tersebut.

Aku baru saja selesai menonton ke tiga-tiga episod SAO dan ini adalah konklusi review yang berdasarkan pendapat aku. Cerita ini bermula setelah para pemain menyedari mereka tidak dapat logout dari game SAO. Ini adalah diakibatkan oleh pengasas perisian permainan SAO (bagi aku ada masalah mental) yang menetapkan syarat dimana permainan akan tamat bila pemain berjaya selesaikan kesemua 100 peringkat permainan (level) dan jika ada diantara pemain mati, tubuh pemain didunia nyata akan turut sama mati dan tiada option 'revive'. Ini membuatkan pemain menjadi panik dan hilang arah. Setiap episod anime ini bermula dengan "skip scene" ..agak menarik buat permulaan.

Apa lagi? Anda cuba la saksikan sendiri ya :)

Rurouni Kenshin - Samurai X (Live Action Film)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrImUzkDWufHoLy0ZfHqM6CQR2gQzwLs-9g0pju6sUTvDjS0J0vBdgiAC3LJjz5Aq6bFLSEXiFEzZ8bFsKcYuLFq2wPIp0rIvroIO8oYMgp0Np_EW5Or0ZHBW0AoO6YirKEvz7vM2hgJzk/s1600/SamuraiX_promoV2.jpg


Akhirnya, anime kegemaran aku dan abang aku sejak zaman muda mudi menjadi filem aksi (live action) dan yang terujanya ialah, filem ini akan keluar pada 25 Ogos tahun nie (Pawagam Jepun) oleh Warnes Bros Japan! (semoga menjadi kenyataan hendaknya) Mungkin mengambil masa untuk sampai ke layar perak sini. Yang pasti bila filem nie sampai sini, aku pasti akan pegi menonton bersama-sama abang aku. Hahaha!! (LOL) Mari lihat sedikit trailer rasmi (official) filem nie

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Textures - Old and Rusty

Beberapa koleksi textures yang boleh didapati secara percuma di www untuk dikongsi bersama. Perlu di ingatkan bahawa semua imej dibawah adalah hakcipta terpelihara pemilik asalnya. Aku selalu guna untuk design layout ataupun buat wallpaper. Sesuai dijadikan sebagai corak latar sesuatu projek seperti powerpoint dan untuk blog.  Mari kongsi benda percuma!

Isnin, 23 Julai 2012

Pemberitahuan:

Ok, mulai sekarang aku akan cuba menaip dengan menggunakan ejaan bahasa malayu yang betul dalam setiap post baru agar Google Translate dapat menterjemahkan bahasa Malaysia kepada bahasa² yang lain dengan betul, tepat dan difahami dengan senang oleh semua pengunjung² blog ini sama ada dari dalam atau luar negara.

Agak melucukan juga tadi bila aku cuba terjemahkan blog aku ke bahasa English (berselerak jadinya! haha!) dan agak susah sebenarnya untuk menaip entri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul tetapi apa salahnya untuk mencuba kan? Sekurang-kurangnya dapat belajar menaip dengan betul :) dan sekaligus dapat memartabatkan bahasa kita dipersada dunia. 

Rabu, 18 Julai 2012

Show/Disable Super Hidden Folder & Files

Dekat opis aku nie ada sejenis virus yang menyusahkan kerja² staff.. cucuk jer pendrive.. semua folder jadi shortcut.. kadang² semua file lesap. Jangan cuak bro.. file² dalm folder tue ada tak ilang pun cuma virus tue set attribute kepada "super hidden"

Apa beza hidden dengan super hidden?? bezanya cuma kalo hidden tue boleh la korang unhide dari folder option.. kalo super hidden tue korang tak boleh ler nk click camtue jer.. hehehe!! nie tips untuk yang ada masalah macam kami kat sini.. untuk pendrive yg tetiba jadi kosong tuh..

Update AVG Free Anda!


Macam entri aku yang ntah berapa lama yg lepas, antivirus yang bagus adalah antivirus selalu update.. bila selalu update, file update akan jadi kecik.. kalo jarang² update besaq la sikit.. tapi kalo kaddang².. mau la jemu menunggu abes download.. so tamau nunggu lama?? selalu la update ok...

AVG Free Edition


http://www.avg.com/ww-en/homepage

Ok kali nie entri aku adalah mengenai AVG Free Edition (Antivirus) yang dah bertahun² aku pakai dan amat berpuas hati walaupun dia free and lesen dia hanya setahun tapi tak pernah pun expired sebab setiap tahun ada free upgrade so tak expired la kan? hahaha!!

Isnin, 16 Julai 2012

yoyo9 (4.0.3 ICS) - Tablet Android China



Information
Rk29SDK System Update
Model Number: DFP1008R
Firmware: R_0.1.9
Android Version: 4.0.3 ICS (ice cream sandwich)
Kernel Version: 3.0.8+ root@jet-neo#180
Build Number: DFP1008R_ebentong_eng.root_20120426

Terpening kepala aku seketika nak buat macamana dengan tablet jenama dari China bersaiz 9.4inch nie. Android yang datang sekali dengan version 4.0.2 ICS terbaru nie agak memeningkan kepala otak jugak..

Ahad, 15 Julai 2012

Acer Iconia Tab A200 - Manual Hard Reset


Hari nie aku berpeluang untuk membuat ujikaji keatas unit tablet jenis Acer Iconia A200. Kawan aku yang minta pertolongan dari aku untuk selesaikan masalah "Too Many Pattern Attempt".. dalam kepala otak nie "apa jadah menatang tue??" sebab aku tak pernah dengar pun (cakap pun melalui handphone) Jadi, susah sedikit untuk faham keadaan dan situasi. Bila sudah jumpa and lihat, baru aku dapat tahu apa 'jadah'nya "Too Many Pattern Attempt" itu sebenarnya...

Selasa, 10 Julai 2012

Hutan Lipur Titi Hayun June 2012



Video yang diambil oleh Mama Auni semasa mandi-mandi di Titi Hayun 22 haribulan Jun 2012.. Seronoknya anak abah main air... Maaf eh Auni, Abah dengan mama takde gaji 2-3k nak bawak Auni jalan jauh² tau.. Kalo pi Melaka modai sama pi Titi Hayun dah lama Abah & Mama bawak tau... harap² anak abah faham situasi yer.. :) WE LOVE YOU SO SO MUCH!

Mandi-manda di Air Terjun Titi Hayun, Kedah

Gambar² Auni masa kami berkunjung ke Titi Hayun.. cepatnya masa berlalu. Auni dah nak masuk 2 tahun.. Seronok dia kalo jumpa air... Hutan Lipur Titi Hayun nie kalo ramai orang pun air dia tetap sejuk dan jernih..  sebab tu aku suka pi sana walaupun makan masa sejam nak sampi dari Bukit Mertajam.. hehe!! Lokasi dia memang menarik... tak rugik la mandi manda kat sinik..


Anak abah... ajar amik batu dalam air


Kursus Bahasa (English) di TUDM Butterworth

Minggu lepas aku attend kursus pendek (2 hari jer) Pemantapan bahasa (English) kat Bangunan ITSBL, TUDM Butterworth yang dikendalikan oleh pihak Tadbir Awam Butterworth sendiri. Pensyarah² jemputan kali nie dari USM (Universiti Sains Malaysia) pasangan romantik, Dr.Agnes and Dr.George. Sampai² ja kat situ aku ciwi sat tengok jet² pejuang yang dah tak pakai (tukun??) depan² bilik kursus tue.. perghh!! amk peluang la snap gambaq... haha!! (ciwi!!?) hehe!! Lepas abes kursus pendek tue, amir (my junior bawak tour TUDM sekali pusing tengok² apa patut... hehe!!) Thanks Amir ya...


Anime Wallpapers

Nie dia lagi walpaper² anime untuk dikongsi bersama²!!~ Enjoy!! klik ja continue untuk tgk lebih banyak wallpaper² menarik ok..


Selasa, 3 Julai 2012

Wallpaper

Aku gali dari website² dan google.. hampir semua HD dan kaler maler.. hehe!! A sharing from others to others.. Klik continue untuk tengok lebih banyak koleksi.. (right klik "save picture as" untuk download..) disable click aku dah remove.. hehe!!