Isnin, 16 Julai 2012

yoyo9 (4.0.3 ICS) - Tablet Android China



Information
Rk29SDK System Update
Model Number: DFP1008R
Firmware: R_0.1.9
Android Version: 4.0.3 ICS (ice cream sandwich)
Kernel Version: 3.0.8+ root@jet-neo#180
Build Number: DFP1008R_ebentong_eng.root_20120426

Terpening kepala aku seketika nak buat macamana dengan tablet jenama dari China bersaiz 9.4inch nie. Android yang datang sekali dengan version 4.0.2 ICS terbaru nie agak memeningkan kepala otak jugak..
Untuk makluman pembaca, Tablet dari China memang takde youtube, Android Market dan lain² apps yg selalu korang nampak dalam program sebab dilarang oleh pihak berkuasa.. pelik betui... aku cuba access android market tapi dok pusing loading macam nak muntah aku tunggu tak keluaq² jugak.. 

So.. kalo tak boleh download melalui android market, cari alternative lain seperti Google Play. Aku dah cuba and the result is stunning.. laju and takde masalah untuk download dan install apps.. apa² pun cari apps untuk youtube dan facebook dulu (hehehe!!!)

update 23/7/2012
baru aku perasan ..calculator pun takde? pergh!! tapi apps untuk calculator nie bersepah² kat google play so jangan la risau yer.. taip jer kat search.. sure result tue membuatkan mata jadi kembang dan rambang.. hehe!!

bagi yang dah ter'beli' tab nie.. apa yang perlu anda buat adalah:

1. Disable keyboard Chinese simplified tue
2. Disable Android Market version China (kalau ada la..)
3. Disable semua apps yang korang tak faham..

Cara²nya.. 
1. Masuk jer kat Setting..
2. Touch kat Apps
3. Touch kat All
4. Scroll mana² apps china yg boleh uninstall atau disable..
5. touch apps tue.. clear cache..(OK) force application to stop (OK)
6. uninstall/disable

Sebab apa boleh disable jer? tak boleh uninstall terus??
sebab Android tue memang version China (bukan android tiruan ok) so, apps² built-in korang memang tak boleh uninstall.. cuma boleh disable jer. Memang ada custom firmware kat internet, tapi kalo korang nak tukar firmware tue kena la pikir dulu.. takut tak compatible dengan button² tab tue plak. tak semua tablet sama function button nya.


Apa pendapat anda??