Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

Info - Kawasan Speed Trap Sempena Hari Raya 2012




info: ** Latest update mengenai kawasan Speedtrap sempena Hari Raya 2012: 

A big thanks to bro Qayyum Jamaraji for this latest information. Anda boleh melayari blog beliau di:
http://qayyum.jamaraji.com/perangkap-had-laju-dan-sekatan-jalan-raya/#comment-31

**old post** - outdated (tapi still boleh jadikan rujukan)
Nie adalah post dari kawan-kawan kita di Facebook. Sempena Hari Raya nie marilah kita berjimat cermat dan berhati-hati ketika memandu. Kadang-kadang tu sayu aku melihat dalam televisyen.. kejadian-kejadian nahas yang berlaku ketika musim perayaan. Hari yang mulia, hari yang ceria, janganlah kita jadikan hari yang penuh suka duka. Ok lah, aku post nie bukan nak bagi pihak polis marah atau geram.. tapi manusia nie kalau dah tahu tue dia beringat sikit... Insya'allah dengan tips nie dia (pemandu) akan berhati-hati dengan kelajuan kenderaan yang dipandunya. Ingat wahai pemandu, Nyawa (keluarga, rakan, penumpang) anda bersama-sama anda ketika itu.. Jika anda prihatin, Insya'allah anda akan selamat dan duit anda akan jimat (sebab tak kena saman) hehe!!~

Dibawah nie adalah senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti. Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

klik continue untuk selanjutnya..

Selasa, 24 Julai 2012

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Isnin, 23 Julai 2012

Pemberitahuan:

Ok, mulai sekarang aku akan cuba menaip dengan menggunakan ejaan bahasa malayu yang betul dalam setiap post baru agar Google Translate dapat menterjemahkan bahasa Malaysia kepada bahasa² yang lain dengan betul, tepat dan difahami dengan senang oleh semua pengunjung² blog ini sama ada dari dalam atau luar negara.

Agak melucukan juga tadi bila aku cuba terjemahkan blog aku ke bahasa English (berselerak jadinya! haha!) dan agak susah sebenarnya untuk menaip entri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul tetapi apa salahnya untuk mencuba kan? Sekurang-kurangnya dapat belajar menaip dengan betul :) dan sekaligus dapat memartabatkan bahasa kita dipersada dunia. 

Rabu, 19 Oktober 2011

Anugerah Khidmat Cemerlang...


Tetiba pagi² ni aku dah angin satu badan.. iskhhh!!! ada ka pekerja yg dedicate.. integrate.. multitasking expertise personnel like me doesn't deserved for any award (because i didn't know how to "kipas" the upper level)??? Their judging from a piece of paper with data and not by recommendations.. I f*** them all.. hell with 7 days minimum (course) I've got plenty works to be done here. Aku dah malas nk pikir pasal kursus lagik sebab buang masa dan duit... boleh claim?? ye laa boleh claim tapi yg kuar tu banyak.. yang claim tu sikit.. silap² kna potong.. lagi satu.. bila pi kursus jer keje jadi bertimbun² atas meja.. masalah pun makin banyak.. Bukan kursus yang menjadikan seorang kakitangan tu lebih baik.. kalo dia ada nilai² (kualiti) semua kerja dia ok. Turun padang la wei tengok calon buat keje.. pemalas.. unta padang pasir pun tak malas macam diorang nih.. (sigh) dalam organisasi pun nak pilih bulu.. cithh!! "pandang jauh nampak gajah.. pandang dekat buat² buta"

Selasa, 30 Ogos 2011

MERDEKARAYA 2011!!

Hari Raya dan Hari Merdeka diraikan pada bulan yg sama.
Aku nie memang type nationalism sikit.. hehe!! gambar atas nie
aku yang edit menggunakan media² yang sedia-ada
di www seperti bendera, ketupat (vector) dan file² format .png



Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca :)

Sempena Hari Raya AidilFitri yang jatuh pada 30hb Ogos 2011 dan Hari Merdeka 31 Ogos 2011, apa kata kita sambut sekali MERDEKARAYA.. Rasanya nie pertama kali dalam sejarah Malaysia menyambut Hari Raya dan Merdeka dalam tempoh yang hampir kan?? Kibarkan Jalur Gemilang anda sambil ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan OK!? MERDEKA!! Maaf Zahir Batin Dari saya Sekeluarga Ya! :)

Khamis, 26 Mei 2011

My Quick Bibliography for those who doesn't know

" Aku Budak Kampung Permatang Tengah... Sekolah kat Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh (SKPP).. mengaji agama kat madrasah Fakiyatid Daimiyah... Sekolah Menengah kt Super Morphine Power Rangers (SMPR) Permatang Rawa.. sambung dip. graphic & design di Cosmopoint Sg.Petani tp extend sampi la skrg... so i'm not a graduated.. opened Cybercafe at Kepala Batas, Penang for a while.. Closed... 9 month melepak buang masa muda ..then out to Dengkil as a cook for 2 years..  Join MINDEF on 2003 (eh?) as telefonist before converting grade to Customer Service Officer (PKP) till now. 2009 kawen dgn org melaka.. 2010 dapat anak perempuan.. 2011 sambung belajar di UiTM.. weew!~ I must be graduate this time :) "

Selasa, 5 April 2011

Black Diamond


Lyrics | Stratovarius lyrics - Black Diamond lyrics

Bila aku on jer Bluetooth HiFi Stereo aku jer... lagu ni la yang aku dok dengaq time atas moto.. Apa kata kita nyanyi sesama.. heheheh!!! Jiwa speed metal ka aku nih kalo dengaq lagu macam nih???? Lantak la apa yang korang nak kata.. apa² pun bila bawak moto tu kna la fokus.. Aku layan lagu speed metal ni sebab aku rasa macam bertambah jer adrenalin aku... hehe!! pump out! dan fokus bertambah... orang yang tengok pun kata aku gila... terhanguk² bawak moto... hehe!!! layannn!~

Sabtu, 23 Oktober 2010

Siti Auni 'Izzati Binti Fazlie

Asssalamualaikum... lama betui aku x memblogkan diri nie... hehehe!!!~ yeah... biasa la lepas kawen nie banyak komitmen yang kena aku laksanakan... (kawan-kawan sure kata nie semua alasan semata-hati-limpa-lutut-ginjal dan lain-lain.. tapi hakikatnya Allah saja maha mengetahui ..heh! Ok la, aku kembali dan kali nie aku nak sumbatkan lagi ilmu-ilmu yang aku discover baru2 nie untuk korang praktikkan plak.. contohnya...macamana nak convert Nokia 5800 xpress music dgn firmware versi terkini kepada Nokia C6 full hacked (ni maknanya korang ble intsall jer file2 format *.sis tanpa signed certificate and no more "certificate error" will be bugging you. heh... dan x lupa jugak tutorial macamana nk downgrade SonyEricsson Satio/Idou U1i menggunakan SUES supaya Satio ni dapat dihack menggunakan HelloOX2 dan upgrade Satio ke versi terkini tanpa menghilangkan hack method tadi... semo nie aku akan translate 98% kepada malay dan screen shot akan disertakan. Aku dok ushar jer apsal x banyak budak2 melayu peka dalam hal2 remeh nie sedangkan ilmu2 ni boleh mendatangkan hasil.... iskhhhh!!~ well selama ni aku dah convert SonyEricsson K530i.. K700i.. K800.. K810i ..W200.. dan terkini Nokia 5800XM.. lepas ni aku nk cuba balik convert K800 kepada Walkman.. heh!~ harap2 patched untuk keypad sama kamera dah kuar... fuhhhh!! Harap korang sabau ler eh nunggu sehingga aku post nanti :)


SITI AUNI 'IZZATI  
(19th Sept 2010, 05.13 a.m)

Hehe!! lupa plak asyik dok membebel jer sampi lupa aku nk bagitau yang aku dah bergelar seorang bapa...  Alhamdulillah.. isteri kesayangan aku, Siti Rohayah telah selamat melahirkan Siti Auni 'Izzati pada 19hb september 2010 di GH Melaka pada jam 5.13am..

Aku upload gambar hari pertama anak aku.. dan hari2 kemudian.. hehe!! Inikah naluri seorang bapa???? Allah maha besar lagi maha bijaksana.. walaupun manusia ni x pi sekolah amik kelas kebapaan @ keibuan tapi DIA dah install siap dalam setiap manusia naluri nie... ( yang buang anak.. dera anak.. cekik.. dll tue bukan manusia dah..) hehe!~

Hari Pertama

Hari Pertama :)

tabik spring!!
Comey x saya???
Nama saya Siti Auni 'Izzati :)

Sabtu, 21 Ogos 2010

Penang govt servants to get RM400 each as Hari Raya gift

Penang govt servants to get RM400 each as Hari Raya gift

Ahad, 25 Julai 2010

myMetro | Penuntut liar

Artikel metro 25 julai 2010

Sabtu, 17 Julai 2010

Aduhai Siswa Siswazah zaman sekarang...

Tadi aku terlihat berita mengatakan kerajaan akan mengadakan Skim latihan siswazah bagi yang tamat pengajian lebih dari 3 tahun tapi masih menganggur dengan elaun sebanyak rm500!! Kerajaan jugak yg kena tolong cerdik pandai nie dengan latihan extra tak cukup dengan tue... siap tolong cari keje lagi untuk mangkuk-mangkuk nie.. nanti dah senang jangan buat-buat lupa plak.. jangan mengata kerajaan ni tak adil la.. diktator la... selama korang belajar nie banyak dah duit kerajaan yg korang telan dalam perot tue.. duit kerajaan tue duit rakyat... korang mau ingat! jngan buat-buat lupa eh... kalau pinjam ptptn tue bawak-bawak la sedar nak bayar balik sebab banyak lagi orang nak guna duit tue untuk belajar sepertimana korang guna.. yg dapat biasiswa tue plak... pandai-pandai la balas jasa nooh~

Asyik-asyik kerajaan yg kena tolong... diri sendiri tanak nak tolong... makan nk org suap, berak pun mau orang  basuh ka?? siswa-siswazah jenis macam nie wat malu budak-budak SPM yg kandas jer.. budak-budak bodoh nie pun pandai cari keje sendiri.. pandai hidup.. pandai berjuang kalo nk dibandingkan anak-anak manja tue. Belajar tinggi-tinggi tapi taraf diri rendah.. cit!~ Sedar la eh..


Rabu, 7 Julai 2010

Bermuka-buku sepanjang masa...


Salam, pergh!! jam dah menunjukkan 1.30 pagi rupanya... well, dengaq kata ada match piala dunia pagi nie.. malas la nak amik port. Aku suka tengok gol jer.. hehe!! esok-esok ja aku beli surat khabar ushar result perlawanan.. Lama aih aku tak coret dan merepek kat blogspot nie.. maklumlah... sibuks... tambahan plak dok facebooking jer hari-hari sampi naik jemu...

Korang tak jemu ker main facebook??? asyik-asyik framville... fishville... mafia wars.... poker... tup.. tup benda sama ja hari-hari... sudah-sudah la tue... facebook ni stakat nak info kawan-kawan dah la.. nak habiskan masa main flash game wat penat jer.. So, aku dah decide nak kurangkan bermukabuku dan menaktifkan diri dalam bidang foto dan senireka plak... tapi selepas aku dah stabil ler... bini dah masuk 6 bulan dah hamil... i'll be a dad soon :D ...doakan kami bahagia, sihat dan rezeki melimpah ruah.. amin

Ok la eh... aku coret nie pun untuk tatapan aku sendiri.. hehe!! macam journal peribadi plak.. haha!! esok aku keje petang plak.. so nak layan anime "linebarrel of iron" dulu dalam 2-3 episode then baru tido. chowww!~ assalamualaikum..  salam satu malaysia.. German mesti menang worlds cup.. jangan dok berjaga malam der... Hahahahhahah!!!!

Isnin, 8 Februari 2010

Hari Bahagia Aku dengan Isteri, Siti Rohayah Shiek Omar

Alhamdulillah, aku dah bergelar suami akhirnya.. dan aku bersyukur pada yang Maha Esa kerana memakbulkan doa aku selama ni... untuk dijodohkan dengan pilihan hati aku yg satu nie... pelbagai dugaan, onak duri yg telah kami tempuhi berdua akhirnya diakhiri dengan ikatan yg sah..
Kalo orang selalu kata "kalo jodoh tak kemana.." da tue?? dok dalam bilik ja?? marka/pakwe mai jenggok kat tingkap?? facebook??  "jodoh pertemuan ditangan tuhan.." uuii...kena usaha jugak bro.. Allah dah temukan kita dengan pasangan dah pun.. takkan nak biar semua urusan kita Allah yg uruskan?? melampau jenis nie.. "manusia dilahirkan berpasang-pasangan.. watpe nak kecoh cari bini..." ni lagi la silap... apa otak yg dia nie makan selain otak udang aku pun tak tau.. ntah-ntah jenis nie kawen sebarang ja kut?? 

Pasal jodoh nie... kena la usaha, berdoa.. tabahkan hati... cinta takkan berputik macam pokok bunga dalam hutan tue... nak tanam pokok pun kna jaga jugak.. mcm tue la cinta.. usaha tue penting.. Allah sentiasa bagi kita yg terbaik... cuma kita perlu menadah tangan dan berdoa padaNYA... Takdir terletak pada kita.. Allah yg menentukan samada kita di-izinkan atau tidak untuk meneruskan sesuatu niat... niat perlu diusahakan... aaa susah la kalo kata "ulat dalam batu pun boleh hidup.." tue dengan izin Allah, dapat la ulat tue hidup.. kan??? apolaa orang zaman la nie... pendek serta cetek ilmu dan infomasi.. Di mana ada jalan, di situ la ada keta dan moto.. Huahahhah!!! di mana ada anjing.. di situ la ada cha ya nuun alip... di mana ada busut... di situ la ada cirit..

dah.. mengarut la plak... Perkahwinan banyak mengajar kita tentang tanggung jawab... berjimat... bertolak ansur... hormat-menghormati... hidup bermuafakat... perghh!! banyak lagi la.. Lagi satu.. bohong la zaman sekarang nie kalo kawin tak gado2.. tue semua asam garam perkahwinan... Cinta tu sendiri ada suka-duku.. that's why aku selalu kata "cinta umpama kehidupan seharian... macam denyut jantung yg berdegup.. jap stabill.. jap kencang.."

hingga berjumpa lagi.. :D

P:/S korang boleh tengok semua gambar kawen aku kat link bawah nie aite
http://www.facebook.com/album.php?aid=2027667&id=1400739188&l=81b5c91c31

Selasa, 1 Disember 2009

Masih ker aku dapat....

Hehe.. lamanya aku tak main game. Adakah aku dapat bermain setelah berumahtangga nanti??? persoalan yang sering bermain dalam kepala otak aku nie. Alahai.... impian tue banyak tapi banyak jugak yang tak tercapai... nak ada xbox 360 sama dengan flat skrin 42'.. 7.1 surround sounds... perghh!!! best la kalo jadi kenyataan..... tapi jangan kata xbohokk... PC idaman aku pun tak terbuat lagik dek kerana kekurangan fund.. robot gundam yg aku dok teringin sangat nak pasang2 pun pikir 2 kali nak beli... aduhh..... pompuan mana faham apa yg lelaki mcm aku nak... uwaaaaaa!!!! yufiee safe me... emel ler aku

Rabu, 10 Jun 2009

semakin hampir...

27 Mei 2009 11.50am: Ibusawat Telefon
Huh!! Badigol mana la yang off access nie??? Ceh... x dapat la aku nak download movie Terminator: Salvation!! Alahai.. sapa la yang off server nie... harap router ja yang on watpe?? Bedebah btol la sapo yang wat keje nie.. macam la ble jimat duit kalo off server tu?? Bulan2 sama jugak kna bayar ikut pekej.... apo la bodoh bangkai mangkuk tandas punya orang.. iskhh!! Iskh!!

28 Mei 2009 11.00pagi
Well.. sempat jugak aku sampi ke opis.. perghh!! Hujan turun dengan lebatnya... simiss jer dengan aku sipi2 lagik.. nie pun dok ujan2 lagi... alahai.. alhamdulillah, sejuk dunia.. dapat la pokok2 minum dan sejukkan diri.. dah lama x hujan mcm nie. Hm, kat seberang tue jangan kata hujan.. siap jerubu lagik.. sesak napaih aku dibuatnya. Nie pun dah batuk2. Mem dah abes batuk, hinggap mai kat aku.. kaseh sayang btol.. sharing everything walaupun sakit..

29 Mei 2009 07.55am: Perda, blok J-4-15
Sakit lagi pinggang aku dari petang semalam.. adeh.. demam serta lenguh2 satu badan.. tapi aku tetap layan tunang tersayang aku pergi beli tudung dan tiket bus. Tapi setakat tue jer la.. hehe! Balik2 ja aku terus tumbang sampai jam 10pm.. paklang aku ubat yang aku pesan ..makan apa patut then telan ubat. Mem pun ada semalam makan skali dengan kami, lepas makan aku hantar mem balik.. lepas tue aku sambung tido. Pagi nie aku bangun jer rasa lenguh2 tue dah kurang tapi pinggang aku tetap lagi rasa sakit lagi. Adehh!! Malasnya nak pi kejaa....

Isnin, 25 Mei 2009

Perjalanan bermula kembali...





Salam kepada diri aku sendiri yang takkala sudah pun sedemikian lama tak mengisahkan sebuah kisah-kesah mengenai diri aku, apa yang telah dan akan terjadi.. terasa rugi jugak kadang2 tue, sebab hidup nie penuh dengan pengalaman yang perlu kita abadiikan dalam penulisan untuk dijadikan panduan kepada generasi masa depan.. shhsshhh!!