Memaparkan catatan dengan label upgrade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label upgrade. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Sabtu, 27 November 2010

Bagaimana: Update kepada R2AK006 tanpa hilangkan fungsi hack (HelloOX2) di telefon anda.


PERHATIAN!!
( Untuk SE SATIO yang dah downgrade dan dah di hack mengunakan HelloOX2 )


1 - Pertama sekali.. backup dulu fail² dalam telefon dgn aplikasi PC Suite.
2 - Keluarkan memory card dan buat hard reset dengan mendail *#7370#
3 - Sekali lagi buat hard reset *#7370#
4 - Sekali lagi hard reset *#7370# (kalau ikutkan langkah nie x perlu tapi dari menyesal x sudah elok la buat)
5 - Install HelloOX 2.03
6 - Siap install?? klik HelloOx2 dan biarkan sehingga selesai.
7 - Buka aplikasi Sony Ericsson Update Service (SUES), pilih Satio dan klik pada "Update (recommended)
8 - Install ROMPatcherPlus dalam E:/

(Semua tutorial diatas dihasilkan oleh Rafaat Akkad dan anda boleh mengunjunggi laman blog beliau di alamat berikut http://ihack3r.blogspot.com/ (klik!) ) all thanks go to him :)