Memaparkan catatan dengan label maxis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maxis. Papar semua catatan

Ahad, 5 Ogos 2012

XFM - Downgrade 100% kepada online radio



XFM - Muzik Malaysia Terbaru Anda (kini 100% radio online yang akan menghabiskan kuota data broadband prepaid anda! yeay!!)

Dah 3 minggu aku tak pasang radio sebab aku asyik naik turun motosikal jer. Sabtu lepas masa nak ke kuliah menaiki kereta tergerak nak dengar XFM. On jer radio.. tekan preset XFM keluar lagu cina.. ingat frekuensi lari. Cari punya cari tak dapat-dapat. Aku assume, mungkin stesen radio  tu ada masalah, so, aku biarkan dulu. Selepas 3-4 hari aku cuba lagi cari channel favourite aku tuh.. tapi tetap gagal. Dalam fikiran, "kena GAM hape stesen nie??" Kemudian tergerak hati aku nak korek lebih dalam apa sebenarnya yang telah terjadi. Jadi aku mula google dan dapat result yang mengecewakan, "XFM kini 100% Online". Bengang betul la aku.