XFM - Muzik Malaysia Terbaru Anda (kini 100% radio online yang akan menghabiskan kuota data broadband prepaid anda! yeay!!)
Dah 3 minggu aku tak pasang radio sebab aku asyik naik turun motosikal jer. Sabtu lepas masa nak ke kuliah menaiki kereta tergerak nak dengar XFM. On jer radio.. tekan preset XFM keluar lagu cina.. ingat frekuensi lari. Cari punya cari tak dapat-dapat. Aku assume, mungkin stesen radio tu ada masalah, so, aku biarkan dulu. Selepas 3-4 hari aku cuba lagi cari channel favourite aku tuh.. tapi tetap gagal. Dalam fikiran, "kena GAM hape stesen nie??" Kemudian tergerak hati aku nak korek lebih dalam apa sebenarnya yang telah terjadi. Jadi aku mula google dan dapat result yang mengecewakan, "XFM kini 100% Online". Bengang betul la aku.
Persoalannya kenapa jadi 100% online? Dari stesen siaran radio yang popular, segar dan mudah didengari dimana-mana saja, tanpa perlu bayaran (free) kini menjadi 100% radio online, dimana pendengar perlu ada ;
- Capaian Internet prepaid/postpaid (broadband/wifi/3g/4g)
- Gadget (laptop/smartphone/tablet/desktop)
- dan punca kuasa elektrik (wall mount socket plug/bateri cell)
- kena tengok kawasan tue ada coverage 3G/4G pulak.
Semata-mata untuk merialisasikan impian untuk mendengar, pendengar yang mobiliti (yang sentiasa diluar premis seperti pemandu kereta) ini terpaksa mengeluarkan kos bulanan yang tinggi. Kenapa kos bulanan yang tinggi?
- nak dengar dengan apa? radio kereta, radio dirumah tu ada capaian internet??
- nak dengar jugak? kena beli tablet local yg murah dalam lingkungan RM4++ dan mounting accessories atau radio set yg menyokong 3g/4g (mahal oo..)
- lepas tue kena beli sim data.. jangan lupa, kena register pospaid/prepaid
- lepas tu dengar... 4-5 hari dan mungkin seminggu, tiba-tiba radio senyap.. buffer... tunggu punya tunggu... "erkk.. kau...la...yan..g sa..tuu..." rupanya kuota data dah abes.. pekej limited rupanya.. kena beli topup data RM10 untuk 100MB (contoh) sebab tak nak tunggu buffering (modal lagi) atau tukar plak ke pekej unlimited (mahal tue bulanan). Anda boleh ker dengar radio sangkut-sangkut?? tak bukan? hehe!!~
pendek kata, setiap bulan anda kena bayar capaian internet anda untuk mendengar XFM (Ini apa yang aku dapat fikir la) Dulu, kos untuk mendengar cuma beli radio murah jer dan elektrik (rumah).. yang beli kereta baru tu sah-sah dah ada radio. Tapi sekarang?? Beli kereta yang harganya berpuluh-puluh ribu pun tak boleh dengar XFM dengan radio sebab tak ada capaian internet. Nak dengar tukar set canggih yg lebih mahal (kos lagi). lu pikir la sendiri..
"Kenapa jadi 100% online?"
kembali kepada persoalan tadi; bagi aku, XFM dah rasa stesen radio mereka tu "HOT" sebab kalau anda masuk ke laman rasmi, cuba tengok berapa banyak 'like' page tu.. 14K peminat yang telah klik dan aku antara yang dah klik... tapi sekarang dengan pantasnya aku 'dislike' page tuh. Marketing profit
memang aku tak nampak satu pun iklan di laman rasmi XFM. Bagi aku, yang dapat untungnya adalah ISP (internet service provider) seperti digi/maxis/celcom/yes/p1 sebagai pengendali jalur lebar internet. XFM jana keuntungan dari apa??? jom korek...
Mula-mula kita kaji tentang XFM. XFM adalah stesen radio dibawah Astro Radio SDN. BHD.
Astro Radio SDN.BHD adalah dibawah Astro Holdings Sdn Bhd and..
Pemegang saham utama Astro Holdings ialah unit pelaburan persendirian yang dikuasai oleh tikun Ananda Krishnan, Usaha Tegas Sdn Bhd, dan syarikat gabungannya, Khazanah Nasional Bhd dan Bumiputra Foundations, dengan kepentingan tergabung sebanyak 72.9 peratus." (bernama.com 17 Mac, 2010)
He also effected the purchase of 46% of Maxis Communications, the country's largest cellular phone company, from British Telecom and AT&T for $680 million - raising his stake to 70%. Maxis has more than Ten million subscribers, with around 40% market share in Malaysia. Recently, Maxis has acquired Aircel, Tamil Nadu's largest cellular phone company and has spread to rest of India. Maxis is also under negotiation to buy over and expand an Indonesian cellular phone company. ( "Debt-shy Asian firms are almost like ATMs". Archived from the original on 26 April 2008. Retrieved 2008-05-26.)
In 2002, Maxis purchased Timecel, a rival mobile service provider, from TimedotCom Berhad. Prior to the purchase, Maxis offered phone numbers beginning with 012, and TimeCell 017. Now, subscribers can choose between the two. In 1999, Maxis introduced the popular pre-paid brand "Hotlink", which currently has 10 Million customers. -wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Maxis_Communications
Mungkin pegawai analisis taikun nie dah buat survey data dan statistik menunjukkan ramai pendengar online yang mendengar XFM adalah dari talian data Maxis. Maklumlah, Maxis has more than Ten million subscribers, with around 40% market share in Malaysia (Bernama.com, 2010) itu pada tahun 2010, sekarang 2012, entah berapa juta pengguna yang melanggan Maxis. Mungkin pelanggan-pelanggan pelan data Maxis yang juta-juta nie lah yang bagi profit kepada radio XFM. Itu pendapat aku la.. kita jugak yang merana.. iskh iskh!!
Staff portability
Mungkin jugak sebab nie, operasi DJ boleh dilakukan dimana-mana saja. cth: di rumah, luar negara dan proses pra-rakaman boleh dilaksanakan untuk kegunaan bila perlu seperti jika berlaku kekurangan DJ, playback ini akan digunakan dan Ini menjimatkan kos masa dan wang. DJ tak perlu lagi tergesa-gesa ke stesen radio, cuma duduk dirumah, layan pendengar sambil pakai seluar pendek dan minum air. Ini menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
owh~ terlalu banyak yang ingin diulas... tapi... bersambung
Apa pendapat anda??