Jika anda berkesempatan melawat ataupun melancong ke Pulau Pinang dan menginap disekitar Tanjung Bungah, jangan lupa singgah ke warung Awiez Cafe nie untuk pekena teh tarik secawan ataupun bagi penggemar air buah, memang sesuai sebab bagi aku dia punya juice memang puas hati. Warung nie terletak diantara warung Char Kueyteow Rudy's yang memang sedap dan Tomyam Zie.
Paling menarik adalah harganya yang tak mahal sangat berbanding ditempat lain sekitar Tanjung Bungah. Walaupun nama kedai Awiez tapi tauke namanya Salim dan amat peramah orangnya. Aku dah lama jadi pelanggan tetap kedai dia dari aku mula kerja di pulau tue. Tak sempat aku sampi ke meja, dah pun sampi air aku.. (aku ni pengemar nescafe panas dan menu aku tak berubah pun) macam tu lah dia menjaga hati pelanggan tetapnya.
Gelas tue dari saiz kecik hingga saiz dinasor pun ada. Apa yang perlu anda buat cuma request saja masa order minuman. Jika ada yang kurang (manis ker.. ais ker..masam ker..) ,bagitau jer dekat dia.. dia akan buatkan tanpa sebarang extra charge.
Bagi yang suka jalan-jalan atau ronda-ronda tue, Jangan lupa singgah-singah minum :)
ps - lupa plak nak inform yang waktu perniagaan adalah dari rabu-ahad dari jam 10pagi-12tgh/malam
dan tutup pada hari Isnin & Selasa.
PENDAPAT ANDA TENTANG ARTIKEL INI
aik.tak letak komen fb ke lie?ni kat astaka ke?
BalasPadamaik? letak per?? takkan tak perasan kut??
BalasPadamBkn kedai jual air tu ke?helmet dlm peti sejuk
BalasPadam