Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2012

Blogger - Baru aku perasan rupanya...



aku tak perasan pun ada option layout nie bila upload photo.. Alahai....

Selasa, 24 Julai 2012

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Isnin, 23 Julai 2012

Pemberitahuan:

Ok, mulai sekarang aku akan cuba menaip dengan menggunakan ejaan bahasa malayu yang betul dalam setiap post baru agar Google Translate dapat menterjemahkan bahasa Malaysia kepada bahasa² yang lain dengan betul, tepat dan difahami dengan senang oleh semua pengunjung² blog ini sama ada dari dalam atau luar negara.

Agak melucukan juga tadi bila aku cuba terjemahkan blog aku ke bahasa English (berselerak jadinya! haha!) dan agak susah sebenarnya untuk menaip entri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul tetapi apa salahnya untuk mencuba kan? Sekurang-kurangnya dapat belajar menaip dengan betul :) dan sekaligus dapat memartabatkan bahasa kita dipersada dunia. 

Selasa, 10 Julai 2012

Hutan Lipur Titi Hayun June 2012



Video yang diambil oleh Mama Auni semasa mandi-mandi di Titi Hayun 22 haribulan Jun 2012.. Seronoknya anak abah main air... Maaf eh Auni, Abah dengan mama takde gaji 2-3k nak bawak Auni jalan jauh² tau.. Kalo pi Melaka modai sama pi Titi Hayun dah lama Abah & Mama bawak tau... harap² anak abah faham situasi yer.. :) WE LOVE YOU SO SO MUCH!

Mandi-manda di Air Terjun Titi Hayun, Kedah

Gambar² Auni masa kami berkunjung ke Titi Hayun.. cepatnya masa berlalu. Auni dah nak masuk 2 tahun.. Seronok dia kalo jumpa air... Hutan Lipur Titi Hayun nie kalo ramai orang pun air dia tetap sejuk dan jernih..  sebab tu aku suka pi sana walaupun makan masa sejam nak sampi dari Bukit Mertajam.. hehe!! Lokasi dia memang menarik... tak rugik la mandi manda kat sinik..


Anak abah... ajar amik batu dalam air


Khamis, 21 Jun 2012

Penang Youth Park (Photos) June 2012


Sekali sekala syok jugak bawak anak aku pi mandi manda time² orang lain tak bercuti... rasa aman jer bila tempat nie x crowded.. hahahaha!!! puas anak aku main air.. yang bestnya kolam untuk kanak² dah upgrade! ada 3 kolam tambahan & kolam sedia-ada dah diperbesar sikit. Yang bagusnya kolam nie dijaga rapi oleh kakitangan MPPP (note that this water isn't from a waterfall ok.. its from PBA) So, bagi yang nk datang bawak anak² kecil tue.. pilih ler hari² orang lain berkerja atau pun hari sekolah.. kalo hari Ahad memang crowded.. nak parking pun payah.. maklom la.. kolam free.. hehehe!!! Semua gambar² nie diambil pada bulan June 2012 and hanya pada kawasan kolam kanak² ...Taman Belia meliputi kawasan yang besar.. so takes time la nak sombat semua... :Þ klik more untuk melihat semua photos kay!

Sabtu, 17 Disember 2011

jalan² Sabtu di Taman Belia Pulau Pinang 17 December 2011



Hari nie kami bawak Auni pi mandi-manda di Taman Belia, Penang... saja ja.. sambil makan sandwich sebagai bekal.. hehe!! tengok la budak main air..sukaanyaaa~
                   

Khamis, 26 Mei 2011

My Quick Bibliography for those who doesn't know

" Aku Budak Kampung Permatang Tengah... Sekolah kat Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh (SKPP).. mengaji agama kat madrasah Fakiyatid Daimiyah... Sekolah Menengah kt Super Morphine Power Rangers (SMPR) Permatang Rawa.. sambung dip. graphic & design di Cosmopoint Sg.Petani tp extend sampi la skrg... so i'm not a graduated.. opened Cybercafe at Kepala Batas, Penang for a while.. Closed... 9 month melepak buang masa muda ..then out to Dengkil as a cook for 2 years..  Join MINDEF on 2003 (eh?) as telefonist before converting grade to Customer Service Officer (PKP) till now. 2009 kawen dgn org melaka.. 2010 dapat anak perempuan.. 2011 sambung belajar di UiTM.. weew!~ I must be graduate this time :) "

Sabtu, 23 Oktober 2010

Siti Auni 'Izzati Binti Fazlie

Asssalamualaikum... lama betui aku x memblogkan diri nie... hehehe!!!~ yeah... biasa la lepas kawen nie banyak komitmen yang kena aku laksanakan... (kawan-kawan sure kata nie semua alasan semata-hati-limpa-lutut-ginjal dan lain-lain.. tapi hakikatnya Allah saja maha mengetahui ..heh! Ok la, aku kembali dan kali nie aku nak sumbatkan lagi ilmu-ilmu yang aku discover baru2 nie untuk korang praktikkan plak.. contohnya...macamana nak convert Nokia 5800 xpress music dgn firmware versi terkini kepada Nokia C6 full hacked (ni maknanya korang ble intsall jer file2 format *.sis tanpa signed certificate and no more "certificate error" will be bugging you. heh... dan x lupa jugak tutorial macamana nk downgrade SonyEricsson Satio/Idou U1i menggunakan SUES supaya Satio ni dapat dihack menggunakan HelloOX2 dan upgrade Satio ke versi terkini tanpa menghilangkan hack method tadi... semo nie aku akan translate 98% kepada malay dan screen shot akan disertakan. Aku dok ushar jer apsal x banyak budak2 melayu peka dalam hal2 remeh nie sedangkan ilmu2 ni boleh mendatangkan hasil.... iskhhhh!!~ well selama ni aku dah convert SonyEricsson K530i.. K700i.. K800.. K810i ..W200.. dan terkini Nokia 5800XM.. lepas ni aku nk cuba balik convert K800 kepada Walkman.. heh!~ harap2 patched untuk keypad sama kamera dah kuar... fuhhhh!! Harap korang sabau ler eh nunggu sehingga aku post nanti :)


SITI AUNI 'IZZATI  
(19th Sept 2010, 05.13 a.m)

Hehe!! lupa plak asyik dok membebel jer sampi lupa aku nk bagitau yang aku dah bergelar seorang bapa...  Alhamdulillah.. isteri kesayangan aku, Siti Rohayah telah selamat melahirkan Siti Auni 'Izzati pada 19hb september 2010 di GH Melaka pada jam 5.13am..

Aku upload gambar hari pertama anak aku.. dan hari2 kemudian.. hehe!! Inikah naluri seorang bapa???? Allah maha besar lagi maha bijaksana.. walaupun manusia ni x pi sekolah amik kelas kebapaan @ keibuan tapi DIA dah install siap dalam setiap manusia naluri nie... ( yang buang anak.. dera anak.. cekik.. dll tue bukan manusia dah..) hehe!~

Hari Pertama

Hari Pertama :)

tabik spring!!
Comey x saya???
Nama saya Siti Auni 'Izzati :)

Rabu, 7 Julai 2010

Bermuka-buku sepanjang masa...


Salam, pergh!! jam dah menunjukkan 1.30 pagi rupanya... well, dengaq kata ada match piala dunia pagi nie.. malas la nak amik port. Aku suka tengok gol jer.. hehe!! esok-esok ja aku beli surat khabar ushar result perlawanan.. Lama aih aku tak coret dan merepek kat blogspot nie.. maklumlah... sibuks... tambahan plak dok facebooking jer hari-hari sampi naik jemu...

Korang tak jemu ker main facebook??? asyik-asyik framville... fishville... mafia wars.... poker... tup.. tup benda sama ja hari-hari... sudah-sudah la tue... facebook ni stakat nak info kawan-kawan dah la.. nak habiskan masa main flash game wat penat jer.. So, aku dah decide nak kurangkan bermukabuku dan menaktifkan diri dalam bidang foto dan senireka plak... tapi selepas aku dah stabil ler... bini dah masuk 6 bulan dah hamil... i'll be a dad soon :D ...doakan kami bahagia, sihat dan rezeki melimpah ruah.. amin

Ok la eh... aku coret nie pun untuk tatapan aku sendiri.. hehe!! macam journal peribadi plak.. haha!! esok aku keje petang plak.. so nak layan anime "linebarrel of iron" dulu dalam 2-3 episode then baru tido. chowww!~ assalamualaikum..  salam satu malaysia.. German mesti menang worlds cup.. jangan dok berjaga malam der... Hahahahhahah!!!!

Rabu, 10 Jun 2009

semakin hampir...

27 Mei 2009 11.50am: Ibusawat Telefon
Huh!! Badigol mana la yang off access nie??? Ceh... x dapat la aku nak download movie Terminator: Salvation!! Alahai.. sapa la yang off server nie... harap router ja yang on watpe?? Bedebah btol la sapo yang wat keje nie.. macam la ble jimat duit kalo off server tu?? Bulan2 sama jugak kna bayar ikut pekej.... apo la bodoh bangkai mangkuk tandas punya orang.. iskhh!! Iskh!!

28 Mei 2009 11.00pagi
Well.. sempat jugak aku sampi ke opis.. perghh!! Hujan turun dengan lebatnya... simiss jer dengan aku sipi2 lagik.. nie pun dok ujan2 lagi... alahai.. alhamdulillah, sejuk dunia.. dapat la pokok2 minum dan sejukkan diri.. dah lama x hujan mcm nie. Hm, kat seberang tue jangan kata hujan.. siap jerubu lagik.. sesak napaih aku dibuatnya. Nie pun dah batuk2. Mem dah abes batuk, hinggap mai kat aku.. kaseh sayang btol.. sharing everything walaupun sakit..

29 Mei 2009 07.55am: Perda, blok J-4-15
Sakit lagi pinggang aku dari petang semalam.. adeh.. demam serta lenguh2 satu badan.. tapi aku tetap layan tunang tersayang aku pergi beli tudung dan tiket bus. Tapi setakat tue jer la.. hehe! Balik2 ja aku terus tumbang sampai jam 10pm.. paklang aku ubat yang aku pesan ..makan apa patut then telan ubat. Mem pun ada semalam makan skali dengan kami, lepas makan aku hantar mem balik.. lepas tue aku sambung tido. Pagi nie aku bangun jer rasa lenguh2 tue dah kurang tapi pinggang aku tetap lagi rasa sakit lagi. Adehh!! Malasnya nak pi kejaa....

Isnin, 25 Mei 2009

Perjalanan bermula kembali...





Salam kepada diri aku sendiri yang takkala sudah pun sedemikian lama tak mengisahkan sebuah kisah-kesah mengenai diri aku, apa yang telah dan akan terjadi.. terasa rugi jugak kadang2 tue, sebab hidup nie penuh dengan pengalaman yang perlu kita abadiikan dalam penulisan untuk dijadikan panduan kepada generasi masa depan.. shhsshhh!!