Khamis, 9 Ogos 2012

Online - Bapakku.fm dimana-mana saja! yesh!!

Update - Widget Radio Bapakku.FM

Kalau anda perasan, masuk-masuk jer blog nie dah dengar macam-macam kan? Ini disebabkan bunyi radio Bapakku.fm yang aku add tadi. Jika agak menggangu, anda boleh stop player tersebut. Jika tidak kelihatan, ia ada disebelah kanan skrin (tengok lebel BapakkuFM) mouse over kesitu... player akan kelihatan.. klik stop. mudah kan? Ini adalah untuk mengisi kebosanan anda semasa melayari blog ini. Terima kasih kepada anda yang sudi megunjungi blog ini. Untuk mendengar dan terus chat bersama user-user lain di Bapakku.fm sila layari laman rasmi mereka di http://bapakku.fm/ :)


update : 22 Dec 2012
radio online terpaksa di-off buat sementara waktu. Harap maaf :(

update: 18 Feb 2013
Radio bapakku.fm is back online!


Apa kata anda tentang post ini??

Info - Kawasan Speed Trap Sempena Hari Raya 2012




info: ** Latest update mengenai kawasan Speedtrap sempena Hari Raya 2012: 

A big thanks to bro Qayyum Jamaraji for this latest information. Anda boleh melayari blog beliau di:
http://qayyum.jamaraji.com/perangkap-had-laju-dan-sekatan-jalan-raya/#comment-31

**old post** - outdated (tapi still boleh jadikan rujukan)
Nie adalah post dari kawan-kawan kita di Facebook. Sempena Hari Raya nie marilah kita berjimat cermat dan berhati-hati ketika memandu. Kadang-kadang tu sayu aku melihat dalam televisyen.. kejadian-kejadian nahas yang berlaku ketika musim perayaan. Hari yang mulia, hari yang ceria, janganlah kita jadikan hari yang penuh suka duka. Ok lah, aku post nie bukan nak bagi pihak polis marah atau geram.. tapi manusia nie kalau dah tahu tue dia beringat sikit... Insya'allah dengan tips nie dia (pemandu) akan berhati-hati dengan kelajuan kenderaan yang dipandunya. Ingat wahai pemandu, Nyawa (keluarga, rakan, penumpang) anda bersama-sama anda ketika itu.. Jika anda prihatin, Insya'allah anda akan selamat dan duit anda akan jimat (sebab tak kena saman) hehe!!~

Dibawah nie adalah senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti. Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

klik continue untuk selanjutnya..

Applikasi - IOS6 GUI Apple untuk Windows anda


Anda bosan dengan user interface (antaramuka) windows anda?? mahukan sesuatu yang berbeza dari orang lain?? selalunya theme cuma tukar wallpaper dan bunyi. ada yang tukar start bar dan ikon sahaja.. tetapi kali nie iOS6 Skin Pack 3.0 tukarkan windows anda menjadi Apple sepenuhnya.. well not actually full tapi seakan-akan jer la.. mana boleh Microsoft jadi Apple kan? hehe!! tapi ok la.. Jangan lupa klik "like" and continue to read this article..

Rabu, 8 Ogos 2012

Wallpapers - High Tech



Koleksi-koleksi wallpaper ketegori teknologi untuk dikongsi bersama :) 
klik continue untuk tengok banyak lagi..

Wallpapers - Ubuntu Linux Wallpaper


Sebahagian dari Wallpaper Ubuntu yang boleh anda download dan jadikan hiasan desktop anda. Semua wallpaper bersaiz besar. Sumber-sumber wallpaper ini adalah dari www dan post nie bertujuan untuk memudahkan anda sahaja. Aku sekadar berkongsi dengan anda semua :)

Cinema - TOTAL RECAL (a total remake??)


Adakah "Total Recall" 2012 yang baru nie lebih baik dari yang asal??



Total Recall (18)
Tarikh Tayangan: 2nd August 2012 (Showtimes)
Bahasa: English
Masa Tayangan: 120 mins
Kategori: Action
Pengarah: Len Wiseman
Local Distributor: Sony Pictures Releasing International



Sinopsis
Bagi Douglas Quaid(Colin Farrel), seorang pekerja kilang, walaupun dia mempunyai seorang isteri yang cantik yang dicintainya, "Mind Trip" (Layar Minda?) rasa seperti idea percutian yang bagus baginya yang sedang kecewa/bosan dengan kehidupan hariannya. Melayari Memori sebenar seorang ejen rahsia mungkin apa yang diperlukannya. Akan tetapi apabila prosedur/proses mengalami masalah, semuanya menjadi mempi ngeri. Dia menjadi orang buruan dan mendapati dirinya dikejar oleh pihak polis.

Isnin, 6 Ogos 2012

Motivational - Dr.Seuss 30 Quote

Sharing the fun of wisdom


Apa kata anda tentang post ini??

DR-WORD OF WISE

The wise quote from 7 famous figures
(taken from web for you to share)

Apa kata anda tentang post ini??

Ahad, 5 Ogos 2012

XFM - Downgrade 100% kepada online radio



XFM - Muzik Malaysia Terbaru Anda (kini 100% radio online yang akan menghabiskan kuota data broadband prepaid anda! yeay!!)

Dah 3 minggu aku tak pasang radio sebab aku asyik naik turun motosikal jer. Sabtu lepas masa nak ke kuliah menaiki kereta tergerak nak dengar XFM. On jer radio.. tekan preset XFM keluar lagu cina.. ingat frekuensi lari. Cari punya cari tak dapat-dapat. Aku assume, mungkin stesen radio  tu ada masalah, so, aku biarkan dulu. Selepas 3-4 hari aku cuba lagi cari channel favourite aku tuh.. tapi tetap gagal. Dalam fikiran, "kena GAM hape stesen nie??" Kemudian tergerak hati aku nak korek lebih dalam apa sebenarnya yang telah terjadi. Jadi aku mula google dan dapat result yang mengecewakan, "XFM kini 100% Online". Bengang betul la aku. 

Alam Maya - Bantahan terhadap Akta 114A




ABOUT SECTION 114A

What is Section 114A?

Section 114A is the second of two amendments made to Malaysia’s Evidence Act 1950.

Law Minister Nazri Aziz tabled the second amendment, formally known as Evidence (Amendment) (No2) Act 2012, in Dewan Rakyat on 18. James Dawos Mamit supported the motion, and Section 114A was passed after the second and third reading. On 9 May, Dewan Negara passed the amendment.

What is the purpose of Section 114A?

Section 114A deals with allegedly illicit or harmful content on the Internet. In short, the amendment enables law enforcement officials to swiftly hold someone accountable for publishing seditious, defamatory, or libelous content online.

What does Section 114A presume?

Jumaat, 3 Ogos 2012

Demonoid.me - Down due DDOS Attack



Sepanjang bulan Julai aku tak dapat access ke laman kegemaran aku. Pada mulanya aku ingat mungkin Demonoid.me tengan buat server maintainance sebagaimana selalunya. Tapi bila dah masuk bulan Ogos still tak dapat access.. nie bukan server maintainance dah.. So, aku cuba google untuk cari kepastian tapi hanya ada 2 je result terkini mengenainya dari yahoo! Answer dan wikipidia. Ini dari apa yang aku amik dari wikipidia:


"On July 24, 2012, Demonoid.me suffered another denial-of-service attack, bringing the site down for an indeterminate amount of time.[23] On August 1, 2012, The site’s main domain is now redirecting straight to an ad network serving up malware to unsuspecting visitors.[24] As of August 2, 2012 (from the perspective of United States based ISPs) the demonoid.me domain resolves to 127.0.0.1 or localhost, which means somehow the public DNS servers have been modified to prevent anyone from accessing Demonoid." 


harap bersabar ya pengguna-pengguna sekalian.. :(


sumber dari laman - wikipidia


Apa kata anda tentang post ini??

Khamis, 2 Ogos 2012

AWIEZ CAFE - Jom Singgah minum!


Jika anda berkesempatan melawat ataupun melancong ke Pulau Pinang dan menginap disekitar Tanjung Bungah, jangan lupa singgah ke warung Awiez Cafe nie untuk pekena teh tarik secawan ataupun bagi penggemar air buah, memang sesuai sebab bagi aku dia punya juice memang puas hati. Warung nie terletak diantara warung Char Kueyteow Rudy's yang memang sedap dan Tomyam Zie

Paling menarik adalah harganya yang tak mahal sangat berbanding ditempat lain sekitar Tanjung Bungah. Walaupun nama kedai Awiez tapi tauke namanya Salim dan amat peramah orangnya. Aku dah lama jadi pelanggan tetap kedai dia dari aku mula kerja di pulau tue. Tak sempat aku sampi ke meja, dah pun sampi air aku.. (aku ni pengemar nescafe panas dan menu aku tak berubah pun) macam tu lah dia menjaga hati pelanggan tetapnya. 

Gelas tue dari saiz kecik hingga saiz dinasor pun ada. Apa yang perlu anda buat cuma request saja masa order minuman. Jika ada yang kurang (manis ker.. ais ker..masam ker..) ,bagitau jer dekat dia.. dia akan buatkan tanpa sebarang extra charge.

Bagi yang suka jalan-jalan atau ronda-ronda tue, Jangan lupa singgah-singah minum :)

ps - lupa plak nak inform yang waktu perniagaan adalah dari rabu-ahad dari jam 10pagi-12tgh/malam
 dan tutup pada hari Isnin & Selasa.

PENDAPAT ANDA TENTANG ARTIKEL INI

Selasa, 31 Julai 2012

Blogger - Baru aku perasan rupanya...



aku tak perasan pun ada option layout nie bila upload photo.. Alahai....

Ahad, 29 Julai 2012

Anime - Animetake.Com


Kalau bagi yang mencari dimana nak dapatkan episod-episod yang lepas ataupun baru nak mula mengumpul anime nie.. website animetake ada semuanya! Untuk memudahkan pengguna, terdapat beberapa option-option yang bagus seperti, playnow/download. Pautan direct download dan torrent juga disediakan. Terdapat pelbagai anime lagi di laman animetake nie. Jom layan!! :)

ANDROID - TUTORIAL UNTUK INSTALASI APLIKASI LOTUS NOTES TRAVELER (UiTM)


Sumber dari : Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah
p/s - Khas untuk Pelajar UiTM Sahaja

Sabtu, 28 Julai 2012

Naruto Shippuuden - episod 271 (revealing poster of the next Naruto Movies)

cuba lihat poster dibelakang Lee tuh



Akhirnya penantian seminggu aku telah pun berakhir dengan keluarnya episod baru tapi sayangnya.. filler lagi minggu nie. Sedang seronok menonton episod filler nie terlintas scene dimana ada poster "Road To Ninja - Naruto The Movie" (seperti gambar diatas) adakah benar apa yang aku nampak?? adakah ianya betul?? agak menarik jika sekadar untuk saja-saja sahaja sebab poster tue agak detail kan???

Selasa, 24 Julai 2012

Anime - Sword Art Online

 http://cdn.myanimelist.net/images/anime/11/39717.jpg



Seharian di pejabat membuatkan aku mencari sesuatu dilaman sesawang seperti contohnya anime-anime baru. Bagi aku. menonton episod baru memang menyeronokkan tetapi sebelum dapat menonton, 'period' menunggu 'release' tue sungguh membosankan. Secara rasminya aku sedang mengikuti anime Naruto dan Fairy Tails (Bleach dah tamat.. sedihnya).

Bila habis melayan episod baru mulalah kebosanan melanda. Sedang asyik menjelajah, melompat dari satu alamat ke alamat lain dalam dunia maya nie, aku terserempak dengan anime baru nie "Sword Art Online" lebih kurang macam anime Ragnarok, dot//hack yang berlatar-belakangkan dunia maya (virtual reality). Anime baru ini baru masuk episod 3 dan sekarang aku sedang melayan episod 1.. Permulaan (intro) agak langsung.. lagu intro pun tidak ada. haha!! karekter utama mula login.. link start

Cerita bermula dimana Klien pemain level beginner meminta pertolongan Kirito (beta tester) untuk mengajar beliau asas bermain SAO (Sword Art Online) disitulah bermulanya pengembaraan mereka setelah gagal untuk logout dari permainan tersebut.

Aku baru saja selesai menonton ke tiga-tiga episod SAO dan ini adalah konklusi review yang berdasarkan pendapat aku. Cerita ini bermula setelah para pemain menyedari mereka tidak dapat logout dari game SAO. Ini adalah diakibatkan oleh pengasas perisian permainan SAO (bagi aku ada masalah mental) yang menetapkan syarat dimana permainan akan tamat bila pemain berjaya selesaikan kesemua 100 peringkat permainan (level) dan jika ada diantara pemain mati, tubuh pemain didunia nyata akan turut sama mati dan tiada option 'revive'. Ini membuatkan pemain menjadi panik dan hilang arah. Setiap episod anime ini bermula dengan "skip scene" ..agak menarik buat permulaan.

Apa lagi? Anda cuba la saksikan sendiri ya :)

Rurouni Kenshin - Samurai X (Live Action Film)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrImUzkDWufHoLy0ZfHqM6CQR2gQzwLs-9g0pju6sUTvDjS0J0vBdgiAC3LJjz5Aq6bFLSEXiFEzZ8bFsKcYuLFq2wPIp0rIvroIO8oYMgp0Np_EW5Or0ZHBW0AoO6YirKEvz7vM2hgJzk/s1600/SamuraiX_promoV2.jpg


Akhirnya, anime kegemaran aku dan abang aku sejak zaman muda mudi menjadi filem aksi (live action) dan yang terujanya ialah, filem ini akan keluar pada 25 Ogos tahun nie (Pawagam Jepun) oleh Warnes Bros Japan! (semoga menjadi kenyataan hendaknya) Mungkin mengambil masa untuk sampai ke layar perak sini. Yang pasti bila filem nie sampai sini, aku pasti akan pegi menonton bersama-sama abang aku. Hahaha!! (LOL) Mari lihat sedikit trailer rasmi (official) filem nie

Bike helmet Type-RX-93 V Gundam

Pandangan kanan, kiri dan belakang

Dalam mencari ilham dan contoh-contoh design untuk helmet KHI/LTD aku, terlintas aku dengan gambar topi keledar Gundam ini. Rekaannya sungguh ringkas dan cantik. Adakah aku mampu untuk hasilkan rekaan sedemikian ke topi KHI aku??? Entri terbaru akan aku post setelah bajet untuk projek ini ada dan aku akan muat-naik gambar-gambar proses sebelum dan selepas. Insya'allah

Cantik kan?? Harga helmet Yen 29K
Aku sudah pun mula 'sanding' helmet KHI hitam aku dengan kertas pasir halus untuk hilangkan lekuk-lekuk serta permukaan yang tidak sekata. Penggunaan plaster akan digunakan pada tutup permukaan yang menampakkan ruang atau 'gap'. Pemilihan cat dan media seperti 'water slide decal' yang akan digunakan pun aku sudah survey 3 minggu lepas. Cuma menunggu bajet dan masa saja untuk aku teruskan niat aku untuk hasilkan helmet sebegini. Kemungkinan aku akan menggunakan sedikit cat crome untuk menampakkan / menaikkan sedikit 'aura' design ini.

p/s: Semoga semua berjalan dengan lancar

Textures - Old and Rusty

Beberapa koleksi textures yang boleh didapati secara percuma di www untuk dikongsi bersama. Perlu di ingatkan bahawa semua imej dibawah adalah hakcipta terpelihara pemilik asalnya. Aku selalu guna untuk design layout ataupun buat wallpaper. Sesuai dijadikan sebagai corak latar sesuatu projek seperti powerpoint dan untuk blog.  Mari kongsi benda percuma!

Isnin, 23 Julai 2012

Pemberitahuan:

Ok, mulai sekarang aku akan cuba menaip dengan menggunakan ejaan bahasa malayu yang betul dalam setiap post baru agar Google Translate dapat menterjemahkan bahasa Malaysia kepada bahasa² yang lain dengan betul, tepat dan difahami dengan senang oleh semua pengunjung² blog ini sama ada dari dalam atau luar negara.

Agak melucukan juga tadi bila aku cuba terjemahkan blog aku ke bahasa English (berselerak jadinya! haha!) dan agak susah sebenarnya untuk menaip entri menggunakan bahasa dan ejaan yang betul tetapi apa salahnya untuk mencuba kan? Sekurang-kurangnya dapat belajar menaip dengan betul :) dan sekaligus dapat memartabatkan bahasa kita dipersada dunia. 

Rabu, 18 Julai 2012

Show/Disable Super Hidden Folder & Files

Dekat opis aku nie ada sejenis virus yang menyusahkan kerja² staff.. cucuk jer pendrive.. semua folder jadi shortcut.. kadang² semua file lesap. Jangan cuak bro.. file² dalm folder tue ada tak ilang pun cuma virus tue set attribute kepada "super hidden"

Apa beza hidden dengan super hidden?? bezanya cuma kalo hidden tue boleh la korang unhide dari folder option.. kalo super hidden tue korang tak boleh ler nk click camtue jer.. hehehe!! nie tips untuk yang ada masalah macam kami kat sini.. untuk pendrive yg tetiba jadi kosong tuh..

Update AVG Free Anda!


Macam entri aku yang ntah berapa lama yg lepas, antivirus yang bagus adalah antivirus selalu update.. bila selalu update, file update akan jadi kecik.. kalo jarang² update besaq la sikit.. tapi kalo kaddang².. mau la jemu menunggu abes download.. so tamau nunggu lama?? selalu la update ok...

AVG Free Edition


http://www.avg.com/ww-en/homepage

Ok kali nie entri aku adalah mengenai AVG Free Edition (Antivirus) yang dah bertahun² aku pakai dan amat berpuas hati walaupun dia free and lesen dia hanya setahun tapi tak pernah pun expired sebab setiap tahun ada free upgrade so tak expired la kan? hahaha!!

Isnin, 16 Julai 2012

yoyo9 (4.0.3 ICS) - Tablet Android China



Information
Rk29SDK System Update
Model Number: DFP1008R
Firmware: R_0.1.9
Android Version: 4.0.3 ICS (ice cream sandwich)
Kernel Version: 3.0.8+ root@jet-neo#180
Build Number: DFP1008R_ebentong_eng.root_20120426

Terpening kepala aku seketika nak buat macamana dengan tablet jenama dari China bersaiz 9.4inch nie. Android yang datang sekali dengan version 4.0.2 ICS terbaru nie agak memeningkan kepala otak jugak..

Ahad, 15 Julai 2012

Acer Iconia Tab A200 - Manual Hard Reset


Hari nie aku berpeluang untuk membuat ujikaji keatas unit tablet jenis Acer Iconia A200. Kawan aku yang minta pertolongan dari aku untuk selesaikan masalah "Too Many Pattern Attempt".. dalam kepala otak nie "apa jadah menatang tue??" sebab aku tak pernah dengar pun (cakap pun melalui handphone) Jadi, susah sedikit untuk faham keadaan dan situasi. Bila sudah jumpa and lihat, baru aku dapat tahu apa 'jadah'nya "Too Many Pattern Attempt" itu sebenarnya...

Selasa, 10 Julai 2012

Hutan Lipur Titi Hayun June 2012



Video yang diambil oleh Mama Auni semasa mandi-mandi di Titi Hayun 22 haribulan Jun 2012.. Seronoknya anak abah main air... Maaf eh Auni, Abah dengan mama takde gaji 2-3k nak bawak Auni jalan jauh² tau.. Kalo pi Melaka modai sama pi Titi Hayun dah lama Abah & Mama bawak tau... harap² anak abah faham situasi yer.. :) WE LOVE YOU SO SO MUCH!

Mandi-manda di Air Terjun Titi Hayun, Kedah

Gambar² Auni masa kami berkunjung ke Titi Hayun.. cepatnya masa berlalu. Auni dah nak masuk 2 tahun.. Seronok dia kalo jumpa air... Hutan Lipur Titi Hayun nie kalo ramai orang pun air dia tetap sejuk dan jernih..  sebab tu aku suka pi sana walaupun makan masa sejam nak sampi dari Bukit Mertajam.. hehe!! Lokasi dia memang menarik... tak rugik la mandi manda kat sinik..


Anak abah... ajar amik batu dalam air


Kursus Bahasa (English) di TUDM Butterworth

Minggu lepas aku attend kursus pendek (2 hari jer) Pemantapan bahasa (English) kat Bangunan ITSBL, TUDM Butterworth yang dikendalikan oleh pihak Tadbir Awam Butterworth sendiri. Pensyarah² jemputan kali nie dari USM (Universiti Sains Malaysia) pasangan romantik, Dr.Agnes and Dr.George. Sampai² ja kat situ aku ciwi sat tengok jet² pejuang yang dah tak pakai (tukun??) depan² bilik kursus tue.. perghh!! amk peluang la snap gambaq... haha!! (ciwi!!?) hehe!! Lepas abes kursus pendek tue, amir (my junior bawak tour TUDM sekali pusing tengok² apa patut... hehe!!) Thanks Amir ya...


Anime Wallpapers

Nie dia lagi walpaper² anime untuk dikongsi bersama²!!~ Enjoy!! klik ja continue untuk tgk lebih banyak wallpaper² menarik ok..


Selasa, 3 Julai 2012

Wallpaper

Aku gali dari website² dan google.. hampir semua HD dan kaler maler.. hehe!! A sharing from others to others.. Klik continue untuk tengok lebih banyak koleksi.. (right klik "save picture as" untuk download..) disable click aku dah remove.. hehe!!




Khamis, 21 Jun 2012

Penang Youth Park (Photos) June 2012


Sekali sekala syok jugak bawak anak aku pi mandi manda time² orang lain tak bercuti... rasa aman jer bila tempat nie x crowded.. hahahaha!!! puas anak aku main air.. yang bestnya kolam untuk kanak² dah upgrade! ada 3 kolam tambahan & kolam sedia-ada dah diperbesar sikit. Yang bagusnya kolam nie dijaga rapi oleh kakitangan MPPP (note that this water isn't from a waterfall ok.. its from PBA) So, bagi yang nk datang bawak anak² kecil tue.. pilih ler hari² orang lain berkerja atau pun hari sekolah.. kalo hari Ahad memang crowded.. nak parking pun payah.. maklom la.. kolam free.. hehehe!!! Semua gambar² nie diambil pada bulan June 2012 and hanya pada kawasan kolam kanak² ...Taman Belia meliputi kawasan yang besar.. so takes time la nak sombat semua... :Þ klik more untuk melihat semua photos kay!

Ahad, 8 April 2012

Antivirus

Apa celop?? celop biskut dengan ayaq kopi la toq.. mengom punya tagline... macam² la budak² sekarang nie memperkayakan bahasa sedangkan bahasa yang asal pun belum dikuasai sepenuhnya. Nak menaip pun malas angkara penyakit sms, mms dll... sampikan dalam facebook pun nak taip singkatan jugak.. whatever...

Dua tiga menjak nie aku asyik panas ja dengan 'beberapa' karenah individu² yang 'eksyen' bistari tapi hakikatnya bagai "gagak makan chicken chop" hahaha!! bodoh bertanya orang tak kesah.. tapi bodoh siap "merak" yang memang aku tak boleh blah... dah la mangkuk tandas suise johnson, dok eksyen expert plak...
Memandangkan individu² yang bodoh lagi "merak" nie jenis yang memang tak mau nak paham.. so this tips just to those who wish to understand..

to understand is to know what is actually a virus..

Isnin, 6 Februari 2012

Navigasi Android bahagian 2 (dua)

Ok.. nie lagi dua program Navigasi untuk Android.. aku dah test kat samsung tab 7.0 / galaxy 5 dan Ace (able seaman dah sahkan bahawa boleh digunakan dengan baik walaupun dah tarik luput.. huhu!!) aku x suka taip banyak² nih.. so here's the link... use at you own risk (please read readme.txt)

Navigasi Android (click to download)

Haaa.. lama aih x menblogkan diri niehh.. hehe!! ok.. lets cut the crap.. nie navigasi optional bagi penguna android (terutamanya pengguna Samsung Tab 7.0 plus atau pun 10) untuk henpon pun rasanya boleh sbb dari apa yang aku selidik... navigasi ni dah pun berjaya dimasukkan kedalam HTC android so.. bagi pengguna Xperia dan seangkatan dengannya jgn gubdah la yer.. Navigasi ni tak mengunkan data (selagi anda tidak gunakan Speech Navigation atau pun weather dan lain² yg memerlukan sambungan internet) kalau nk pakai gps tu memang 100% pakai setelite. Interface (paparan) mmg jelas dan bagus... nak cari jalan cma masukkan no poskod atau POI yang dikehendaki... aaahh cakap panjang x guna... amik link kt bawah tu klik and download. Lepas tu extract then baca TXT file yg disediakan..